Me

Me

Wednesday, April 4, 2012

Pendiang Hari Hati

masih menitip waktu
adakah akan datang bahagia itu
ak surutkan setiap raut wajah
agar ak mengerti rahsia hati ku sndri
hidup perlu pedoman
bukan nafsu pincang semata

ak berjalan di ruang gelap
sempit xberpenghuni
merenung dan mengelamun
adakah cahaya terang menanti di penghujung
adakah berpenghujung jalannya mati?
kosong....

bertanjak kasih berselendang jiwa
belum cukup ubati remuk di bendang hati
jika ak punya kuasa
ak musnahkan segala yg pernah dilalui
sgt pedih
sakit
perit
bak pendiang cinta tanpa arus
reput dimamah anai2 janji
bertaburan angkara mati
biarkan ak begini...

Sunday, September 11, 2011

Patung Perang Hati

sudah lama kau terbiar
baru hari neh terdetik untuk menjamah mu semula

assalamualaikum
dan salam sejahtera
belum telambat nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
raye ke?? hurmmm~

gugusan waktu memancarkan bening tinta
menanti hari untuk berseri lagi
aku masih melangut merenung bintang
mengharapkan gerhanakan tiba lagi
tapi mustahil
hadirnya blum tercapai dik ajalku yg entah bila kunjung tiba
duduk dibucu kamar tua ibu
masih terhidu lagi wangian ibu
bantal usang milik ayah
masih aku sendiri...

ibu...
aku tak minta di jadikan begini
hidup ku lulur umpama petir menghunus bumi
matahari masih tak bisa meleburkan
pejalnya sesawang rindu ini
aku masih sepi...

ayah...
dimanakah kau yg ku kenali dulu
hancur hormat menjadi debu
dicincang lumat tidak berhulu
aku masih bermimpi...

Sunday, May 8, 2011

Hari Hanya Untuk Ibu


Assalamualaikum pembuka cara

Hari ini hari ibu
kebanyakkan ibu disambut oleh anak2 mereka dgn meriahnya
walaupon dlm keadaan sderhana
tetapi kualiti pada detik yg bermakna itu sgt membahagiakan

tp tidak kurang pada ibu yg diabaikan anak2nya
menanti hari raya melihat kepulangan para zuriatnya
itu sudah ckp buat ibu

tidak kurang juga pada anak yg kehilangan ibunya
menumpang kasih pada yg sudi
menginjak pergi pada yg xpeduli

tiada bezanya ak
hilang punca di hari ibu
aku hanya dpt sedekahkan al fatihah dan sejuzu' Yaasin
nasib xber-ibu
pada saat ini
berlegar di minda kenangan di Hari Ibu
Sejambak bunga
Teko hiasan utk mama
dan mcm2 lagi..
hanya tinggal memori yang hanya boleh dikenang
xmampu diusik xmampu diulang..

pada yang masih beribu
berbaktilah pada ayh dan ibumu
walau sekecil mana pemberianmu
walau sicebis mana pengorbananmu
walau sekilas mana perhatianmu

kasihnya ibu membawa kesyurga
kasihnya saudara masa berada
Kasihnya ayah sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa

Al- Fatihah,
buat bonda tercinta
Nor Roslina bt Md Soom
25.09.1960 - 30.09.2009

Thursday, April 28, 2011

Si Pencabul Percaya

cabulan kepercayaan
masih syg
tp adakah gunanya
berharga atau tidak syg itu?

kepercayaan sudah kekal
aku serap dlm diri
tp kepercayaan aku dipermainkan
layakkah kau utk meruntuhkan smula kepercayaan itu

aku menunggu hari akhir
menanti detik itu tiba
disakiti dan dilukakan
aku sudah jemu
kepercayaan aku dicabul lg

Monday, April 25, 2011

I MISS U

This pic taken on 25th Sept 09
on her burfdays...
As the time goes by..
Its almost 2 YEAR she left..

I'll will always love u..
Forever and ever..
Love your smile..
Miss your smile..
Miss your talk..
Miss everyting about you..
You're da one..
You're the best ever..
You're my mum..
And always mine..
Love you Mama..
Rest In Peace [30th Sept 09]

Al-Fatihah









Sedetik tidak Debar


tinta elektronik sbg penjana
aku mulakan dgn bismillahirrahmanirrahim..
pengukur diri penguat tunjang..

debaran
melentur ke jemari yg kian renyuk
dari berbirat seluruh jelapang dada
menyelit di segelinap hempedu
tandus tak berpenghuni
mungkin penghuni cinta memagar kini
dalam kusut tersemai kasih
dalam gusar tercuit rindu

detik
tidak pernah menunggu
tidak juga ditunggu
rasa itu sudah mati
atau manusia kini yg mati
hidup seperti ganding xbertuan
menghunus tidak berperisa
bermusuh tidak bergula
seperit si karat kincir angin
bunyi berbisa
gegendang terhiris



Thursday, April 21, 2011

KELIRU

penipu
serik atau tidak?
entah
keliru mungkin

patut ak pergi
patut kau pergi?
masih samar
keliru

curang
syg atau benci?
xmungkin masih keliru
kelu